<meta name='google-adsense-platform-account' content='ca-host-pub-1556223355139109'/> <meta name='google-adsense-platform-domain' content='blogspot.com'/> <!-- --><style type="text/css">@import url(https://www.blogger.com/static/v1/v-css/navbar/3334278262-classic.css); div.b-mobile {display:none;} </style> </head> <body><script type="text/javascript"> function setAttributeOnload(object, attribute, val) { if(window.addEventListener) { window.addEventListener('load', function(){ object[attribute] = val; }, false); } else { window.attachEvent('onload', function(){ object[attribute] = val; }); } } </script> <div id="navbar-iframe-container"></div> <script type="text/javascript" src="https://apis.google.com/js/platform.js"></script> <script type="text/javascript"> gapi.load("gapi.iframes:gapi.iframes.style.bubble", function() { if (gapi.iframes && gapi.iframes.getContext) { gapi.iframes.getContext().openChild({ url: 'https://www.blogger.com/navbar/844989771580740941?origin\x3dhttp://ceritagadisapril.blogspot.com', where: document.getElementById("navbar-iframe-container"), id: "navbar-iframe" }); } }); </script> <div id="fb-root"></div> <script>(function(d, s, id) { var js, fjs = d.getElementsByTagName(s)[0]; if (d.getElementById(id)) return; js = d.createElement(s); js.id = id; js.src = "//connect.facebook.net/en_US/all.js#xfbml=1"; fjs.parentNode.insertBefore(js, fjs); }(document, 'script', 'facebook-jssdk'));</script>
HOMEABOUTAFFILIATES


Berjalan ke Kelantan dan Terengganu =D
written: Tuesday, 11 December 2012 @ Tuesday, December 11, 2012 ?
0 comment[s]
Assalamualaikum :)

Seronoknya ..... Apa yang seronok nya? Meh nak cegita.

Hari Jumaat yang bertarikhkan 7 Disember 2012 , Nabila ikut ibu pergi rombongan ke Kelantan dan Terengganu. Nie kali kedua pergi Kelantan dan Terengganu. Kali pertama ikut rombongan Cik Adah anak dia kahwin dekat Bachok , Kelantan. Ada sorang lagi anak Cik Adah , handsome >.< ...Kali kedua nie ikut rombongan saja saja jalan bershopping.

Kami bertolak pukul 11.00 malam dari Pantai Dalam dan sampai Kelantan pukul 6.00 pagi. Singgah solat di Masjid Kampung Sok . Paling best dalam Masjid tu , bila ada free Wi-Fi . Apa lagi , Nabila ambik lah peluang nak online Twitter lepas menunaikan solat. Lepas tu , singgah breakfast pulak dekat area Kampung Sok jugak.

Lepas breakfast , kami semua bergerak ke Rantau Panjang dan Pasar Siti Khadijah. Singgah shopping , tapi Nabila dengan Ibu tak beli apa apa pun. Menjamu mata je sebab tak ada apa nak beli kat sana. Kan Nabila kata Nabila tak beli apa apa kan dengan Ibu , tapi Cik No dengan Cik Liza yang banyak beli. Beli punya beli tak sedar yang kami dah terlewat nak balik ke bas . Kami pun bergegas menuju ke bas . Naik bas je , adalah Pakcik nie main perli perli pulak bila kami naik lambat. Sakit hati dan tebal muka!

Dan , shopping kat dua dua tempat tu , benda yang sama jugak , kamu terlewat jugak naik bas. Macam biasa, ada jelah mulut lancang nak perli perli . Sabar je lah *sigh* ... Selepas itu , kami pun bergerak ke hotel . Hotel yang kami duduk tu , dengar cerita baru dibukak dalam 2 bulan. Cantik jugak lah. Nabila satu bilik dengan Ibu , Cik Ana, Cik Liza, Cik No dengan Cik Fauziah. Memang riuh rendah lah. Masuk bilik , kami semua ambik peluang nak berehat dari kepenatan seharian sebab malam tu pulak , nak keluar ke Wakaf Che Yeh. Dah siap mandi dan solat , kami bersiap dan berehat. Dan , tempat pukul 8.30 malam , kami semua dah keluar tunggu . Tapi , driver bas tak keluar keluar pun.

Dalam bas pulak , kami duduk belakang tempat mula mula naik bas hari Jumaat hari tu, Ibu dengan Cik Fauziah 'menyumbangkan' suara dengan berkaroeke siap berjoget bagai. Sabar je lah . Tapi , rombongan kali nie memang sporting habis . Dah sampai Wakaf , kami mula berjalan , first place kami cari adalah kedai makan. Kedai makan memang wajib cari bila kami sampai kat Kelantan dan Terengganu. Dah habis makan , kami jalan jalan .. Cik Liza dengan Cik No cari baju dengan tudung tapi , Nabila , Ibu dengan Cik Ana pulak berjalan cuci mata je. The end dia , ibu dengan Cik Ana adalah jugak beli barang .

Dah habis shopping kat Wakaf Che Yeh , kami pulang ke Hotel kami. Memang nikmat bila dapat jumpa katil dan bantal . Bila dah basuh muka , dan semua pun tidur sebab pagi esok kami nak ke Terengganu.
Pagi pun menjelang akhirnya , kami semua bangun pukul 5.00 pagi. Accident pepagi buta terjadi bila , Cik Ana orang pertama mandi terkurung dalam bilik air bila kunci selak rosak . Apa lagi , kami yang tidur semua terjaga dan tergelak bila Ibu cerita apa yang jadi. Macam macam kami buat , tapi tak boleh bukak jugak . Akhirnya , Cik Liza bangun dan tolong tolak pintu tu sampai boleh bukak , bila Cik Ana keluar je .. Semua gelak dan paling over ibu.

Dan , lepas siap kami solat dan semua angkat beg bawak masuk dalam bas. Bas bergerak ke Terengganu. Sebelum tu , kami breakfast dulu dekat Kelantan. Dan , selepass breakfast bermula lah perjalanan kami ke sana. Sampai Terengganu , kami pergi shopping kat Rautau Abang . Kat sana baru Nabila shopping baju kelawar tidur . Nabila dua pasang Ibu dua pasang. Dah habis shopping , kami bergerak ke satu tempat yang INDAH ! Tadaaaa... Kami singgah ke Masjid Kristal. Memang excited gila sebab dapat singgah Solat kat sana. Nabila dah lama ajak ayah pergi Masjid ytu , tapi tak berkesempatann lagi. Bila dah ada peluang , memang excited jadinya. Dan , lepas solat , kami terus balik . Sebelum balik , kami pergi ke Kuala Kemaman beli keropok lekor dan makan malam . Kami sampai KL pukul 2.00 pagi :)

Nabila ada tangkap beberapa gambar :)

 Masjid Kristal Terengganu

 Masjid Kristal 

Tangkap gambar ala ala kiut 

Heee :)


Post a Comment






(welcome)

Welcome to my blog! Thanks for visiting.

"One who wears the crown, bears the crown."
-- Kim Tan | The Heirs

Follow

TutoBies

Reviews

Watch List

Recipes
Twitter Facebook
Ask.fm


(the past)


Penang .. I'm coming ♥
Done Reading
Jamuan Akhir Tahun 2 Marikh yang sangat best !
Happy Birthday Crush !
Happy Holidays :)
Lupakan lah perasaan kau NABILA!
Final Exam is OVER OVER OVER !
Raya Qurban di AidilAdha :3
Bye Mr.M . Saya nak lupakan awak :)
Final Exam ♥


(credits)

Designer : Ai-chan
Others :