written: Friday, 26 October 2012 @ Friday, October 26, 2012 ?
0 comment[s]
Hai . Assalamualaikum...0 comment[s]
Selamat Hari Raya AidilAdha kepada semua umat Islam Nabila ucapkan :3
Hari nie kat surau Nabila ada buat Majlis Qurban .. 5 ekor lembu sekali tumbang dan seekor kambing .. Nabila datang agak lewat tadi , Nabila datang dah 2 ekor dah sembelih .. Yang lagi 3 tu , Nabila join tengok diorang sembelih .
Pastu , kak Yana datang .. Kiteorang bertiga pun borak borak bersama .. Oh , ada Aqilah sekali..
Nabila ingat nak tangkap gambar , tapi tetiba tak jadi sebab malas ... Dah habis sebelih lembu tu , apa lagi ..
Kiteorang masuk surau , sebab tak nak duduk luar nanti kena tolong .. Dah duduk surau , dengan budak budak yang tengah berlari kehulur kehilir , tetiba Cik Amir masuk .. masuk masuk je dia marah budak budak yang main lari lari tu .. Last last , kiteorang yang duduk kat situ tengah berborak pun kena marah .. Jadi , dengan rasa geram , kami pi lah duduk kat luar ..
Bila dah duduk kat luar , kiteorang masuk balik dalam surau , tapi dekat tempat ibu ibu masak .. Duduk saja je sambil borak .. Tapi tak tolong .. *apa punya anak dara dah* Dah tu bila syok syok berborak , Cik Amir yang juga Pengerusi masuk ruang ibu ibu tadi .. bila nampak kiteorang , dia senyummm pastu kata'Tak habis berborak' .. Nabila dah tutup muka dah sebab segan :3 Dalam dua tiga kali jugak lah dia lalu lalang kat tempat kiteorang .. Dia buat apa yang sama jugak ta[i dia kata 'Gossip tak habis habis' .. Kami pun senyum je :)
Dah lama berborak , kami pun nak keluar duduk .. Tetiba Cik Amir suruh kemas .. Tapi sambil dia suruh tu dia kata 'Sambil kemas tu boleh borak' ... Itu namanya perli .. Kami pun berkemas lah ...
Dah kemas tu , Kak Yana minta diri nak balik .. Jadi , lepas dah bersalam dengan Kak Yana , tinggal kami berdua , iaitu Nabila dengan Aqilah .. Kebetulan hari ni ibu ada masak macam mcam kat rumah , jadi Nabila ajak lah si Aqilah makan .. Aqilah makan laksa sementara nak menunggu Abang beliau ..
Ibu ada ajak Cik Liza dengan Maklang .. Diana pun ada sekali , jadi mereka pun makan .. Nabila sekali :)
Dah habis makan , ibu ibu nie pun berborak .. Diana yang dah masik tadikan tu pun , mula lah gunakan kreativiti dia menconteng papan putih yang sememangnya ada kat rumah Nabila ..
Dah habis makan pun diorang balik..
Nabila takada gambar nak masukkan .. Tu pun ada satu , gambar yang Nabila dengan Aqilah pose ... Nah tengok . Tapi , muka Nabila gila kelakar :3
*Muka tembam*
Last sekali , Salam AidilAdha Nabila ucapkan kepada semua pembaca :)
Post a Comment