written: Sunday, 18 November 2012 @ Sunday, November 18, 2012 ?
0 comment[s]
0 comment[s]
#GangnamMarikh ♥
Hai . Assalamualaikum ^^
Korang , nak tahu tak hari Sabtu lepas , kelas Nabila buat jamuan akhir tahunnnnn ... Perancangan yang telah lama dibuat dan banyak kekeliruan untuk jamuan nie telah pun berjalan dengan sangat lancar . Sangat sangat sangat .... lancar :) Dan seronok ^^
Jamuan tu telah diadakan mengikut seperti yang dirancang . Bermula dari tempat kami semua berkumpul sampai lah bersurai nye jamuan . Jamuan diadakan pada 17 November 2012 . Kami semua berkumpul di LRT TAMAN JAYA . Ramai yang datang. Adalah dalam 20 lebih macam tu .
Nabila pergi naik kereta dengan Izzati , tapi bukan kami yang drive tapi Abang Long yang drive :) Waktu sampai kat LRT , kami jumpa Nadia dengan Farah berdua dan terus datang kat diroang :) Diorang kata budak budak yang lain dah ada tapi tak jumpa jalan nak berkumpul . Kiteorang tunggu punya tunggu , diorang pun sampai . Yang sampai Aino , Laily , Liena , Atikah dan Ridzuan . Yang lain belum lagi . Dalam dok tunggu tunggu yang lain kami pun berborak . Pastu Aimi , Aiman , Epul dan Amir Syahmi pulak yang sampai . Ada lagi , iaitu Soleh , Kamarul , Lokman dan ada sorang tu (tak kenal) . Waktu tu kami #GengTengah2012 semua dah berkumpul .. Cuma tunggu yang lain je
Dah cukup orang , kami pun bergerak .. #GengTengah2012 dah sememang nya riuh sebab asyik gelak je :3 Lepas tu , kami naik jejantas ... dan tetiba dapat panggilan dari seseorang iaitu HAFIZAN ~ Ye ... Kami lupa Hafizan .... yang lain semua dah bergerak dan lintas jalan , cuma #GengTengah2012 je yang duduk kat jejantas menunggu Hafizan yang ketinggalan di belakang .. Hehhehee ..
Dah sampai KFC tu , kami pun masuk .. Masuk masuk je Nabila tengok semua budak budak kelas Nabila dah duduk ~ Jadi , kami #GengTengah2012 pergi ke kaunter KFC nak order ayam . Dah order baru kami duduk . Borak borak dan Nabila rasa kelas Nabila yang paling riuh dalam KFC tu . Macam mcam ragam . Sambill menunggu tu , ada yang tangkap tangkap gambar . Macam macam pose ~
Bila makanan dah sampai , kami pun tunggu Cikgu Azhar iaitu Guru Kelas Nabila :) Lama jugak lah menunggu tapi kiteorang tak kisah :3 Tapi , ada jugak lah bunyi yang kata diorang kelaparan ~ Dah lama tu , Cikgu Azhar datang bersama wife dan anaknya yang comels tu ~ Cikgu Azhar sponser pizza Domino kat kiteorang .. rasanya ada 4 kotak tak silap Nabila .
Pastu , Nadia bisik kat Cikgu yang nak nyanyi lagu Hari Jadi dekat Farah , Aiman dan Lokman . Farah dan Aiman punya hari jadi bulan 12 tapi kiteorang sambut sekali . Lokman punya dah lepas tapi kiteorang sambut jugak :)
Dah nyanyi pastu Cikgu Azhar suap buah ceri dekat diaorang . Lawak gila bila cikgu nak suapkan pastu dia main main XD Dah suap kan makanan tu , kami pun mula kan operasi kenyang kan perut . Nabila makan peha ayam pastu makan 2 potong pizza . Kenyang habis >w<
Dah hbis makan , mula lah sambungan operasi tangkap gambar . Macam macam diorang pose . Dan tiba di penghujung jamuan , Cikgu Azhar buat ucapan yang lain semua dengar :) Dah habis tu , kami semua duduk ramai ramai dan tangkap gambar 2 Marikh sebab kenangan tahun 2012 .
-TAMAT-
p/s : Maaf entry terlalu panjang dan akan panjang lagi sebab Nabila nak letak gambar jamuan :) Selamat Melihat ^^
#GengTengah2012 ♥
Jejaka 2 Marikh ~
Them ♥
Cikgu Azhar :)
Post a Comment