written: Monday, 11 November 2013 @ Monday, November 11, 2013 ?
0 comment[s]
0 comment[s]
Assalamualaikum semuaa :) rasanya dah dekat sebulan lebih Nabila tak update...
Malas sebenarnyaaaa. Lagipun tak ada apa yang menarik yang jadi. . . . hm sebelum ni pun memang tak ada yang menarik pun jadi.
Berbalik kepada tajuk utama kitaa akhirnyaa! cuti sekolah yang dinanti nantikan oleh setiap makhluk di dunia yang bergelar pelajar muncul jua akhirnyaa :D
Sebenar benarnya budak tingkatan tiga sekolah Nabila memang dah start cuti dua minggu awal dari cuti sekolah sebenarnya yang ada kat kalendar rumah korang tu. Motif? Mungkin sebab ustaz Munir dengan cikgu cikgu lain dah tak ada aktiviti nak buat dengan kiteorang sebab tu apply cuti awal untuk kiteorang. Terima kasih cikgu cikgu ku <3
Sepatutnya Nabila update blog pasal cuti sekolah bila awal awal dapat cuti tu tapi takdapat sebab hal last sekolah Nabila dah balik kampung...
Kat kampung pulak lupa nak bawak balik laptop. Harap je bawak balik pendrive yang sarat dengan game dan Running Man tapi bila dah sampai kampung baru teringat laptop takbawak balik.
Kat kampung pulak .... duduk rumah tok dengan rumah arwah makngah. Duduk rumah tok memang tak ada apa nak buat sebab yang boleh kita lakukan hanyalah menonton astro itupun taklebih dari pukul 9 malam... 9 malam tu weyh! SIapa yang nak tidur waktu macam tu u_u itulah sebab nya rasa menyesal sebab takbawak balik laptop.
Dah berhari hari duduk rumah tok, Nabila bergerak rumah arwah Makngah pulak. Duduk sana memang best gilaaa. Rumah tu ada internet , ada astro dan segalanya. lol tapi tetap boring. hihi maybe buat benda yang sama kot. Mungkin. Last last duduk kampung Nabila dapat khatam kan dua buah novel.
Duduk rumah Makngah, kakngah dengan kakchaq bawak pergi tanjung dawai. Shopping sakan weyh. Tapi, bukannya shopping apa pun. Shopping barang barang bsah makan lokan, kerang, siput apa tah nama dia. Pastu beli ikan pekasam, beli ikan masin, keropok lekor dan asam penang. Lepas shopiing pulak, Kakchaq dengan kakngah bawak pergi Pantai Merdeka. Yeay! First time dapat pergi sana. Dulu ada jugak ajak ayah pergi sana tapi ayah kata nanti nanti dan nanti dan akhirnya kakchaq yang bawak :D
Pergi Pantai Merdeka makan Ais kacang "gunung" sebab ais dia banyak sangat. Makan empat orang pun belum tentu habis. lol pastu kiteorang pesan mee udang, kuew tiau kungfu dan char kuew tiau. Semuaaa Nabila pulun habis bila diorang bagi. hehe. Tapi, dekat sana takdapat jalan jalan dekat laut sebab bila dah selesai je makan tetiba hujan turun. Cakap pasal hujan, sepanjang perjalanan nak balik Juru pergghhhhh hujan memang turun lebat gilaa sampai taknampak jalan. Kakchaq yang selalu datang pun boleh tersalah masuk jalan sebab hujan lebat. Maybe sebab dia kawasan yang takda banyak pokok yang ada cuma padi pastu sebatang pokok kelapa dan sebuah rumah. Angin kuat pulak tu. Kilat lagilah. lol
Pastu, haritu hari jadi kakngah. Nabila wish kat kakngah ayat takboleh blah.. Rasa macam nak tergelak sorang sorang bila baca balik. Pastu malam tu kakngah bawak kiteorang makan kat luar. Celebrate dekat kedai makan kat area Alma. Ramai yang join ;)
Tu jelah untuk malam ni.
p/s: I wish I can cut my hair tomorrow......
Bye! Assalamualaikum. Selamat Bercutiii semuaaa :D cuti elok elok okay? xoxo MAMA
p/s: I wish I can cut my hair tomorrow......
Bye! Assalamualaikum. Selamat Bercutiii semuaaa :D cuti elok elok okay? xoxo MAMA
Post a Comment