written: Tuesday, 6 August 2013 @ Tuesday, August 06, 2013 ?
0 comment[s]
Assalamualaikum :)0 comment[s]
Sedar tak sedar dah penghujung dah bulan Ramadhan. Sekejap je Nabila rasa tahun ni Nabila dapat berpuasa. Dan, Nabila rasa takpuas nak puasa lagi. Mungkin tahun ni tahun akhir Nabila dapat berpuasa , mana tahu kan. Kalau ada rezeki Allah panjangkan umur dapat lah jumpa Ramadhan tahun depan :)
Untuk semuaaa yang baca blog ni atau tak terutamanya dekat kawan kawan Nabila :
'Assalamualaikum Selamat Menyambut Hari Raya Aidilfitri. Maaf dipohon dari hujung rambut hingga hujung kaki sekiranya saya ada buat salah dan silap. Mungkin terkasar bahasa, tertinggi suara, terpukul dengan sengaja atau apa sahaja. Harap dimaafkan. Semoga raya tahun ni lebih meriah dan lebih bermakna. Selamat Hari Raya Aidilfitri maaf zahir dan batin. '
Dan untuk #GengTengah:
'Sorry kalau aku ada buat salah. Kadang kadang mungkin berlawak kasar kasar. Tertinggi suara. Termarah atau terpukul atau semua benda yang boleh buat korang terasa hati. Aku mintaa maaf sangat sangat. Terima kasih sebab pernah jadi kenangan yang terindah dalam hidup aku. Terima kasih selalu ada bila aku perlukan orang yang nak dengar apa yang aku rasa. Sayang korang' xoxo
Untuk #GangnamMarikh:
'Selamat Hari raya ~ maafkan aku kalau aku ada buat salah dan silap terutamanya kat budak perempuan. Kadang kadang aku suka usik korang sampai muka merah, kadangkadang aku cakap kasar or buat korang rasa sakit hati. Sorry sangat sangat.. Untuk budak laki, sorry kalau aku ada buat salah atau termarah kalau korang buat bising teruntamanya kat Soleh, Iwan dan yang lain lain. Sorry. Semoga hubungan persahabatan kita kekal dan diredhai Allah. Amin. Semoga berjaya di dunia dan diakhirat :)'
Dan untuk ehem ehem:
'Selamat hari raya. kita takpernah bertegur tapi apa apa pun selamat hari raya. Sorry kalau ada buat benda yang buat ehem ehem menyampah atau sebagainya. Selamat hari raya. Maaf zahir dan batin :)'
Teristimewa untuk semua kenalan Nabila:
'Selamat hari raya. Maaf kalau ada salah dan silap yang pernah buat kat korang. Terutamanya kawan kawan yang bukan satu sekolah then dah lama tak tegur. Itu bukannya sombong tapi taktahu nak borakkan apa . Sorry. Aku ingat korang dan sentiasa ingat. Takpernah lupa. Manusia mana yang takpernah buat silap. Akhir sekali, selamat hari raya. Raya elok elok.'



Post a Comment